Since tahun ni aku akan hadapi peperiksaan yang besar (PT3 je pun), nak bukak blog pun, aku takde masa. Inikan pula menaip. Actually, aku ada banyak sangat perkara nak kongsi dengan korang.
Oh, baru-baru ni my mom lahirkan seorang baby girl comel yang bernama Nur Rahadatul Aisy binti Shamsul. Tapi sekarang dia dah besar. Dah masuk 4 bulan. Dia dah pandai membebel, marah orang, minum susu sambil meniarap and so on. Tapi kan, kadang-kadang aku sendiri tak faham apa yang Aisy bebelkan. Haha.. Beza umur kitorang 15 tahun. Nampak tak perbezaan dia tu ?
Okay, kita tutup cerita tentang Aisy dulu ye ? Baru-baru ni aku dah hadapi ujian lisan. Woahhh, aku sedih gila kot. Masa ujian lisan Bahasa Inggeris semalam aku betul-betul blur. Aku kena cakap pasal swimming. Mesti korang cakap 'Alah, swimming je pun', kan ? Tapi, korang kena faham perasaan orang yang tengah blur. Huhu..
Dan, beberapa minit yang lalu, aku hadapi ujian lisan Bahasa Melayu. Alhamdulillah, I think I'm doing well. Okay, tu je untuk hari ni.
Thanks for reading !
Sedar tak sedar kita dah masuk tahun 2015. Alhamdulillah ! *clap2* Huhu, okay.. Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Hmm.. Baiklah.. Sempena hari pertama dalam tahun ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada Farah Nabihah selaku sahabat yang sentiasa ada sewaktu susah senang aku.
Terima kasih kepada Wan Khairina, Nur Adlina dan Nadiah Safiah selaku classmates aku sebab sudi gila-gila dengan aku. Sentiasa sabar dalam melayan perangai aku yang entah apa-apa. Yes, I admit yang aku kuat merajuk. Hehe.. *taktahunakketawaataumenangis*
Kepada Nurul Kautsar, Aida Mardhiah Arifah, Nurul Fazilah dan Liyana Nadhirah, terima kasih. Terima kasih sebab sudi dengar semua celoteh aku. Minta maaf kalau perangai aku selalu menyakitkan hati korang.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua insan yang selalu menceriakan hari aku dan membuatkan hidup aku tak bosan. Terutamanya mama, abah, angah, kak cik dan baby :)
Dan tentulah, aku sangat bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk aku hidup. Last but not least, aku harap tahun ni lebih bermakna berbanding tahun lepas.
Thanks for reading !
Alhamdulillah, kita masih lagi dapat bertemu bulan Syawal. Baiklah, walaupun hari ni dah masuk hari yang kelima ... Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Raya, kan ? Jadi, pada kesempatan ini aku nak minta maaf pada semua yang mengenali diri ini. Macam mana raya tahun ni ? Seronok ? Okey, seronok mana pun kita jangan lupa doakan saudara kita di Gaza tu ye.
Thanks for reading !