Monday, December 23, 2013

Sepahtu, we love you !

Dah lama aku tak gayut kat blog, kan ? Untuk entry kali ni, aku tulis khas untuk Sepahtu. Ramai orang kata persembahan Sepahtu minggu ni kurang best. Kepada Sepahturious, nak cakap sikitlah. Kalau korang nak nasihat Sepahtu, boleh aje. I guess Sepahtu pun suka. Sebab daripada nasihat dan kritikan itulah Sepahtu akan cuba baiki. Tapi, nasihat korang tu jangan melebih - lebih sampaikan buat mereka rasa down ! Korang tak perasan ke selama ini, Sepahtu cuba untuk puaskan hati korang ? Tolong, diorang tak perfect. Janganlah bila persembahan Sepahtu tak kelakar, korang tinggalkan mereka. Do you want to know something ? Sepahtu need their fans ! Sepahturious is important for them. Without Sepahturious, Sepahtu is nothing okay ? 

Dear Sepahturious,
Abang Jep, abang Rahim dan abang Shuib ada hati dan perasaan jugak. Bayangkan, diorang cuba buat yang terbaik, cuba untuk gembirakan hati kita tapi kita kutuk mereka. Atas alasan persembahan mereka tak menarik. Rasanya, bila korang ada kat tempat macam itu, korang kecewa tak ? As a true Sepahturious, you guys should understand what they feel.

Rasanya yang paling teruk kena kutuk, abang Jep, kan ? Tak tahu dah nak kata apa. Hm, macam ini jelah. Bagi aku, korang kena kenal abang Jep betul - betul. Jangan nilai dia sekilas pandang aje. Don't judge a book by it's cover, please ? Ramai yang kata dia lupa daratan and so on. For your information, abang Jep bukan jenis macam tu. Apa pun, tolong belajar respect perasaan orang lain.

For Sepahtu, the true Sepahturious are always behind you guys. Jangan pedulikan apa yang orang cakap. I know maybe this is difficult for you guys but I also know you guys can do it. Just move on. Jangan jadikan ini semua punca korang rasa down. Ini dugaan daripada Allah s.w.t.. Allah tahu korang boleh hadapi sebab itu DIA bagi dugaan ini pada korang. Kalau korang dah tak mampu tanggung, mengadu pada Allah, in shaa Allah, DIA akan bagi penyelesaian pada korang bertiga. Be strong, okay ? Especially, abang Jep.

Sincerely,
Nur Azmina Batrisyia

#Sepahturious #Jeppers #Shuibbians #Rahimfans
Thanks for reading !

Sunday, December 15, 2013

Perasaan aku bila masuk sekolah menengah

Aku rasalah perasaan budak - budak darjah 6 bila habis sekolah sama je kot ? Nama pun kena masuk sekolah baru. Paling tak boleh blah, masa kena tinggalkan kawan - kawan dan cikgu - cikgu. Masa dulu pun, perasaan aku down sangat. Aku kena tinggalkan bestfriends aku yang aku anggap macam adik - beradik sendiri. Aku kena tinggalkan junior - junior aku yang baik dengan aku. Aduh, biar betul ?!

Kalau boleh, aku tak nak langsung tinggalkan diorang. Dahlah aku ni jenis yang sukar nak bergaul. Kalau dah bergaul pulak, nak cari orang yang sekepala dengan aku. Hah, nampak tak betapa aku ni terlalu pilih kawan ? Nasib baik Farah satu sekolah dengan aku. Nasib baik jugak Farah pun masuk asrama. Jadi, pergi mana - mana mesti dengan Farah. Asal ada Farah mesti ada aku. Nampak tak betapa susahnya aku nak rapat dengan sesiapa ? 

Pada junior - junior aku yang nak masuk Form 1 ni, akak (padahal dekat sekolah dulu diorang panggil nama je) nak bagi nasihat dekat korang. Andai kata korang ni tak dapat satu sekolah dengan geng korang, tak payah sedih - sedih. Sebab dekat sekolah baru tu mesti ada yang nak kawan dengan kita. Kalau ada yang tak suka pada kita, biarkan aje manusia - manusia yang macam tu. Tak perlu layan. Tak perlu bergaduh dan berperang bagai. Bazir masa.

Bila korang dewasa, spesies macam ni tetap ada. Layan aje manusia yang nak kawan dengan korang. Terlupa pulak, korang perlu jugak layan orang yang tak suka pada korang. Cari sebab kenapa mereka tak suka pada korang. Mana tahu, mereka semua tak suka pada korang sebab korang gatal, gedik dan sebagainya ? Kalau mereka semua tak suka pada korang tanpa sebab, korang memang tak ada sebab untuk layan manusia spesies macam ni. Ada faham ?

Then, bila dah masuk sekolah menengah sifat beramah mesra memang perlu ada. Barulah ramai orang suka, ye tak ? Fuhh, panjang betul entry aku hari ni. That's all. Bye, assalamualaikum !

Thanks for reading !

Masalah aku dengan BUKU !

Apa kaitan buku dengan entry aku hari ni ? Kalau kau, kau dan kau nak tahu actually aku lemah sangat dengan buku baru. Pernah tengok novel yang baru2 tu ? Ha, comel tak ? Nak dijadikan cerita, memang aku teramat lemah dengan buku baru. Sebab apa ? Aku pantang betul bila tengok buku yang cantik jadi terlipat. Memang sensitif betul bila aku tengok. Macam nak nangis sekali dengan buku yang terlipat tu (walaupun buku tu tak menangis). 

Nampak tak betapa teruknya aku bila dengan buku baru ? Walaupun buku tu bukan buku aku, aku memang akan rasa sedih bila muka surat buku tu dilipat. Tolong, budak ni pantang tengok buku diperlakukan sedemikian rupa !

Thanks for reading !

Adoi, macam mana boleh jadi Pink Panda pula ni !

Sempena dah nak masuk tahun baru, mestilah blog pun kena baru. Ye tak ? Entah kenapa, rasa puas sangat dengan tema blog sekarang. Hari tu, cemburu k dengan blog Ameenah. Rasa macam nak pakai blogskins jugak. Nama pun nak blog jadi comel kan ? Siapa je tak nak blog sendiri comel ? Mesti kau pun nak jugak kan ? Masalahnya, bila pakai blogskins nanti aku kena editkan balik biar lagi comel. Aku malas sangat bila masuk bab tu. 

Tiba - tiba, semalam punya semalam aku rasa rajin gila nak edit blog ni. Aku pun fikirlah untuk tema blog. Fikir punya fikir, teringat dekat TaEun couple. Ha, kan Naeun kumpulan A-Pink. Baru terfikir nama fandom A-Pink. Nak kata aku minat dengan panda, aku sendiri tak tahu. Yang pasti dulu aku suka Seungri (Panda). Edit punya edit, wah ! Puas hati betul ! Rasa macam dah tak perlu pakai blogskins tu. Suka sangat dengan blog aku sekarang. Semangat untuk menulis pun dah berkobar - kobar. Maklumlah, aku kan suka benda yang simple tapi cute :)

Thanks for reading !

Saturday, December 14, 2013

Epop 51 :)

Nampak tak tajuk kat atas tu ? Wahhh, Kpopers mesti tahu, kan ? Hari tu, pergi kedai dengan cek we semata - mata nak beli majalah ni tapi ... DAH HABIS ! Ok, time tu memang kecewalah jugak. Rasa macam nak nangis. Sobs2.. (Sebab tu pun nak nangis, apedaaa). Haha :')

Ok, cerita antara aku dan epop tak habis macam tu je sebab semalam aku jumpa doktor. Lepas selesai, teman mama pergi kedai tempah baju kat stesen bas. Dah selesai, aku singgahlah kat kedai buku. Tiba - tiba rasa macam nak pengsan. Eh, betul ke ni ? Mimpi ke ? Wahhh, ada epop :D Apalagi, terus beli. 

Sebenarnya nak kalendar tu je haa

Perasaan ? Of course, gembira ! Okay, dah habis pun celoteh aku hari ni :) Akhirnya, ada jugak isi untuk blog hari ni. Suka - suka. Hehe, bye. Assalamualaikum ^^

Thanks for reading !