Friday, September 21, 2018

A Special Post For The Special Person Ever

Sebenarnya dah lama nak post pasal ni tapi sebabkan aku tak berapa nak yakin jadi sampai sekarang tertangguh. Mungkin jugak sebab pengalaman aku sebelum ni yang buatkan aku jadi susah nak percaya kat orang. Jangan salah faham pulak tau. Aku kawan je dengan semua orang tapi aku sangat susah nak anggap seseorang tu sebagai sahabat. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang, aku perasan jugak diri aku ni macam trauma dan fobia tau dengan setiap perkenalan. 

Okay, tu antara sebab kenapa aku sangat susah nak rapat dengan orang. Dalam tak sedar, aku selalu letak jurang yang teramat besar antara aku dengan orang lain. Haha, bukan nak drama ke apa tau. Tapi, aku selalu rasa rendah diri dan terfikir ada ke kawan yang boleh terima aku sepenuhnya dengan ikhlas tanpa judge atau tikam belakang aku. Sampailah satu saat bila Allah pertemukan aku dengan seorang insan yang bagi aku sangat sangat sangat istimewa dalam hidup aku :)

Dah kenal dia ni masa tahun 2013 tapi sekelas masa 2015. Masa tu baru nak kenal dan tak berapa rapat lagi. Ditakdirkan jodoh tu panjang, kitorang still jadi classmate masa tahun 2016. Haa, masa nilah kitorang start rapat. Yang tak boleh blah, kitorang kerap sangat gaduh waktu tu. Biasalah kan, bergaduh ni lah sebenarnya proses untuk kita jadi lebih rapat dengan seseorang kan. Lepas tu, tak tahu lah nak sedih ke nak gelak tapi masa akhir tahun 2017 kitorang macam sedih jugak lah bila fikir lepas ni masing-masing dah jauh dan jarang dapat peluang untuk jumpa. Ditakdirkan sekali lagi jodoh kitorang masih panjang, sekarang ni masing-masing study kat U yang sama siap dapat jadi roommate lagi. Haha, rugi je sedih-sedih masa akhir tahun lepas tahu tak.

Izzah, terima kasih sebab selalu layan kerenah saya. Terima kasih sebab sentiasa ada dengan saya terutama masa saya dalam kesusahan. Terima kasih sebab selalu dengar masalah, celoteh dan mengarut saya. Jujur cakap, saya tak pernah terbayang pun untuk dapat kawan yang sebaik awak. Kalau saya kena pilih dengan siapa saya nak bersahabat, tanpa fikir panjang saya tetap akan pilih awak untuk jadi sahabat saya dunia dan akhirat. Dan seandainya saya tahu hasil daripada apa yang saya lalui selama ni adalah awak confirm saya takkan pernah mengeluh dan akan lalui ujian tu dengan penuh rela hati.

Haha, aduhhhh tiba-tiba je rasa macam mata masuk habuk niiii. Bila fikir-fikir balik, mungkin sebab aku susah nak rapat dengan orang kot jadi aku lebih menghargai setiap insan yang wujud dalam hidup aku. Last but not least, terima kasih sebab hadir dalam hidup saya Izzah *minilove

Thanks for reading !

Sunday, August 12, 2018

Badan Pengawas Disiplin

Perah otak sebenarnya nak update pasal apa kali ni. Nak post pasal Nadwah Kepimpinan Asrama 2016 dah ingat-ingat lupa so aku decide nak post pasal BPDS. Bagi aku, BPDS ni memang something yang sangat special dalam hidup aku. Even though aku tahu ramai je yang cakap belakang pasal BPDS ni tapi aku sikit pun tak ambil hati sebab nak ajak orang buat baik memang susah. Lagipun bukan semua orang suka dengan cara kita, kan?

BPDS ni special untuk aku sebab aku belajar banyak perkara dan dapat banyak pengalaman yang sangat bermakna. Nak pulak semua orang tak kira seniors, juniors dan BPDS satu batch semuanya orang yang baik-baik. Aku suka kalau buat kerja dengan diorang sebab kerjasama dalam ahli BPDS ni memang tak boleh dipertikaikan, jadi memang cepat sangat urusan kerja tu selesai. 

Tapi, pernah je terdetik dalam hati nak resign sebab aku rasa sangat tak layak untuk berada dalam kalangan orang-orang yang hebat macam diorang. Dia punya tekad nak resign tu sampaikan sanggup tanya kat senior macam mana nak resign. Bila senior tu bagi nasihat, barulah aku fikir masak-masak dan akhirnya tak jadi nak resign sebab aku rasa macam tak sanggup nak tinggalkan BPDS nak-nak bila perasaan sayang tu makin menebal. Cuma rasa rendah diri tu still ada sebab mereka semua ni sangat-sangat hebat.


Nilah Bilik Gerakan. Bilik yang kami selalu guna bila ada usrah atau kerja yang nak disiapkan.


Last sekali, thank you teammates yang semuanya masuk air ni. Kadang-kadang tu tak rasa macam buat kerja pun sebab seronok sangat bila berurusan dengan diorang ni. Tak cukup sorang lagi sebenarnya sebab Yumni balik awal. P/s: Izzah mohon reda ye saya post gambar ni hehe


Thanks for reading !

Tuesday, May 22, 2018

Kem Muslim Perkasa 2016

Even kem ni dah 2 tahun lepas aku still nak update jugak sebab bagi aku kem ni banyak kenangan manis dan pahit yang tersendiri. KMP 2016 adalah anjuran Badan Pengawas Disiplin dan Sekolah dan diadakan pada 31 Mac - 2 April 2016. Pesertanya terdiri daripada pelajar Tingkatan 2 SMKA Sheikh Abdul Malek. Memang dah jadi tradisi SHAMS untuk adakan kem kepada pelajar F2 tak kira sama ada pelajar luar mahupun pelajar asrama pada setiap tahun.

Dulu kem ni dikenali sebagai Kem Remaja Islam Sekolah (KRIS) kalau tak silap aku. Aku tak ingat mana nama kem ni yang dulu sebab batch aku je kat sekolah tu yang tak join kem ni atas sebab-sebab tertentu. Bukan sebab batch aku teruk tau tapi sebab ada kesulitan yang tak boleh dielakkan antara BPDS F4 masa tu. Patutnya, kitorang dah kena join dah masa 2014 tu tapi postponed punya postponed kitorang kena join masa 2015. Memandangkan kitorang nak menduduki peperiksaan PT3 dan mereka pula SPM jadi terpaksa dibatalkan.

Ok, pada tahun 2016 kem ni diberi suntikan yang baru dan dinamakan sebagai Kem Muslim Perkasa. Bezanya KRIS dengan KMP cuma fasilitatornya je. Kalau KRIS, fasinya terdiri daripada BPDS F4 manakala KMP fasinya terdiri daripada BPDS F3-F5. Macam yang Ustaz Zubaidi, guru penasihat BPDS kata untungnya KMP ni sebab fasi-fasi boleh berkongsi pengalaman. Dalam erti kata lain, BPDS F5 yang lebih berpengalaman boleh tolong BPDS F4 dan F3 mana yang patut dalam memastikan kem ni lebih berjaya. Apa pun, fasi KMP tetap diketuai oleh BPDS F4.

Memang banyak sangat input terutamanya berkaitan dengan rohani yang peserta akan dapat melalui kem ni tau. Kem ni sangat menekankan disiplin peserta. Dalam kata mudah, semuanya melibatkan masa. Nak makan pun fasi akan bagi masa berapa minit kena siap. Sebab tu, peserta akan dibekalkan dengan Warta Dewan Makan yang mana peserta kena ikut semua yang tertulis dalam warta tu. Yang aku paling suka tentang warta tu ialah suapan yang pertama untuk SAHABAT. Oh ya, jam tangan dikira sebagai barang haram tau. Yang boleh pakai jam tangan hanya fasi, mas'ul dan mas'ulah iaitu ketua bagi peserta lelaki dan perempuan.

Peserta juga akan dibekalkan dengan barang amanah. Haaa, benda nilah yang paling semua peserta takutkan. Barang amanah time ni ialah batang spageti. Nak pergi mana-mana mesti kena bawak barang amanah ni even ada aktiviti kat court pun still kena bawak. Tak boleh tinggal walaupun satu saat. Kalau barang amanah tu patah, rosak atau fasi rampas even secebis daripada barang amanah yang dah patah tu maka seluruh peserta akan didenda oleh Lajnah Dakwah dan Ibadat (DNI) dan lajnah ni yang paling digeruni oleh setiap peserta. Nampak macam kejam kan? Kat sini boleh nampak yang amanah bukan benda yang ringan.

Tapi sebenarnya, kitorang tak denda mana pun. Banyak je yang kitorang lepaskan sebab main point kitorang buat kem ni adalah untuk mantapkan lagi ilmu rohani dan akhlak para peserta seiring dengan slogan 'Akhlak Terpuji Ibadah Berkualiti'. Kalau nak dibandingkan kem ni dengan kem asrama, bagi aku kem asrama lah yang lagi tegas.

Aku in charge sebagai Lajnah Kebajikan dalam KMP 2016. Kau nampak je Lajnah Kebajikan  ni muka lembut dan baik tapi ada masa kitorang tegas jugak sebab ada ramai sangat peserta yang buat-buat sakit. Jadi, ini antara cabaran pada kami lah untuk kawal keadaan.

Ni antara gambar sepanjang KMP 2016 berlangsung:






Masa ni para peserta bentang panji yang mereka lukis

Haaa, spageti nilah yang aku maksudkan tu

Hehe, kitorang tak strict 24/7 tau. Masa ni masa untuk kami para fasi dan peserta bergembira

Para fasi dan penasihat BPDS, Ustaz Zubaidi ambil gambar lepas majlis penutup

Maka, tamatlah sudah KMP 2016. Penat tapi sangat memuaskan.

Inilah yang buat KMP 2016 bagi aku sangat manis 
Thanks for reading !