Sunday, December 15, 2013

Adoi, macam mana boleh jadi Pink Panda pula ni !

Sempena dah nak masuk tahun baru, mestilah blog pun kena baru. Ye tak ? Entah kenapa, rasa puas sangat dengan tema blog sekarang. Hari tu, cemburu k dengan blog Ameenah. Rasa macam nak pakai blogskins jugak. Nama pun nak blog jadi comel kan ? Siapa je tak nak blog sendiri comel ? Mesti kau pun nak jugak kan ? Masalahnya, bila pakai blogskins nanti aku kena editkan balik biar lagi comel. Aku malas sangat bila masuk bab tu. 

Tiba - tiba, semalam punya semalam aku rasa rajin gila nak edit blog ni. Aku pun fikirlah untuk tema blog. Fikir punya fikir, teringat dekat TaEun couple. Ha, kan Naeun kumpulan A-Pink. Baru terfikir nama fandom A-Pink. Nak kata aku minat dengan panda, aku sendiri tak tahu. Yang pasti dulu aku suka Seungri (Panda). Edit punya edit, wah ! Puas hati betul ! Rasa macam dah tak perlu pakai blogskins tu. Suka sangat dengan blog aku sekarang. Semangat untuk menulis pun dah berkobar - kobar. Maklumlah, aku kan suka benda yang simple tapi cute :)

Thanks for reading !

No comments:

Post a Comment