Tuesday, May 22, 2018

6 Fakta Tentang Aku

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku buat double update :D Okay, kalau orang tanya kenapa buat 6 fakta je. Kenapa tak 10 ke 15 ke? Jawapannya, takde orang pun yang nak tahu tentang aku. Hehe, gurau. Taklahh, sebabnya nombor 6 tu nombor favourite aku. Baiklah, kita straight to the point ya.
6 FAKTA TENTANG DIRI NI:

1. Sangat sukakan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api.
Macam cari nahas je post gambar ni tengah-tengah puasa

Kalau duduk kat Selangor dulu memang selalu sangat dapat makan tapi bila duduk kat Terengganu ni jarang sangat nak jumpa apatah lagi nak makan siput ni tskk tskk Kalau dapat makan lauk ni kat Terengganu memang rasa bersyukur yang amat sangat. Sebab tu kalau balik Negeri Sembilan selalu bodek mama abah untuk cari lauk ni, hehe...

2. Tak suka makanan pedas. 

Eh, tadi kata suka Siput Sedut Masak Lemak Cili Api ni kata tak suka makanan pedas pulak. Yang mana satu ni sebenarnya? 

Bak kata mama, aku ni pelik sikit. Kalau dah benda tu aku suka sangat-sangat contohnya macam siput sedut ni haa pedas tahap infinity pun sanggup aku bedal. Tapi kalau dah benda tu aku tak suka tambah pulak pedas, pujuklah macam mana pun memang aku takkan makan. Ngee, apapun aku tetap suka makan 😆

3. Obses dengan BUKUUU.

Kalau kena pilih antara buku dengan tudung dan pakaian, aku dengan teguhnya akan pilih buku. Tak tahu kenapa tapi aku memang sangat suka baca buku. Tak kisahlah sama ada novel, komik mahupun buku tarbiah. 

Sebab tu mama akan pesan banyak kali suruh aku jangan lama-lama sangat setiap kali pergi kedai buku. Dah faham sangat dengan obses anak dia yang sorang ni. Kalau mama tak pesan, mahu lebih sejam aku terperap dalam tu. Padahal, ulang-alik lebih sepuluh kali pun tetap jumpa buku yang sama.

4. Selera yang BESAR tapi perut kecil. 

Mama abah masing-masing berpakat cakap confirm rugi kalau bawak aku pergi buffet sebabnya aku selalu makan tak habis. Huhu, bukan aku tak nak habiskan tapi aku ni memang jenis yang cepat kenyang. Lepas tu mulalah duk teringat je makanan tu dan menyesal tak berlagu kenapa aku tak habiskan. 

5. Tak suka tempat yang ramai orang. 

Mungkin sebab aku ni introvert kot jadi sebab tulah aku lebih suka bersendiri dan baca buku sambil dengar lagu. Dan sebab tu jugak orang selalu ingat aku ni sombong. Hehe, saya bukan sombong tau cuma saya memang jenis yang tak tahu nak borak apa dengan orang yang saya tak berapa rapat. 

Tapi, orang yang rapat dengan aku memang tahu betapa becoknya mulut aku ni. Selagi tak penat selagi tulah nak bercakap. 

6. Suka sakat orang. 

Sebab kan inilah aku selalu kena marah dengan mama waktu kecil-kecil dulu. Alah, marah manja-manja je pun. Tapi sampai sekarang aku still suka sakat orang, tak kiralah adik-beradik ke sepupu ke atau pun kawan aku. Walaupun aku memang suka menyakat, aku tetap berpada-pada bila menyakat sebab aku tahu macam mana rasa dia kalau orang over sangat nak menyakat sampai tak fikir perasaan orang lain. 

Baiklah, aku rasa itu je fakta tentang aku. Bila baca balik baru perasan 3 daripada 6 fakta ni berkaitan dengan makanan. Haha, nampak tak betapa sukanya aku dengan makanan 😂

Thanks for reading !

No comments:

Post a Comment