Sunday, December 15, 2013

Masalah aku dengan BUKU !

Apa kaitan buku dengan entry aku hari ni ? Kalau kau, kau dan kau nak tahu actually aku lemah sangat dengan buku baru. Pernah tengok novel yang baru2 tu ? Ha, comel tak ? Nak dijadikan cerita, memang aku teramat lemah dengan buku baru. Sebab apa ? Aku pantang betul bila tengok buku yang cantik jadi terlipat. Memang sensitif betul bila aku tengok. Macam nak nangis sekali dengan buku yang terlipat tu (walaupun buku tu tak menangis). 

Nampak tak betapa teruknya aku bila dengan buku baru ? Walaupun buku tu bukan buku aku, aku memang akan rasa sedih bila muka surat buku tu dilipat. Tolong, budak ni pantang tengok buku diperlakukan sedemikian rupa !

Thanks for reading !

Adoi, macam mana boleh jadi Pink Panda pula ni !

Sempena dah nak masuk tahun baru, mestilah blog pun kena baru. Ye tak ? Entah kenapa, rasa puas sangat dengan tema blog sekarang. Hari tu, cemburu k dengan blog Ameenah. Rasa macam nak pakai blogskins jugak. Nama pun nak blog jadi comel kan ? Siapa je tak nak blog sendiri comel ? Mesti kau pun nak jugak kan ? Masalahnya, bila pakai blogskins nanti aku kena editkan balik biar lagi comel. Aku malas sangat bila masuk bab tu. 

Tiba - tiba, semalam punya semalam aku rasa rajin gila nak edit blog ni. Aku pun fikirlah untuk tema blog. Fikir punya fikir, teringat dekat TaEun couple. Ha, kan Naeun kumpulan A-Pink. Baru terfikir nama fandom A-Pink. Nak kata aku minat dengan panda, aku sendiri tak tahu. Yang pasti dulu aku suka Seungri (Panda). Edit punya edit, wah ! Puas hati betul ! Rasa macam dah tak perlu pakai blogskins tu. Suka sangat dengan blog aku sekarang. Semangat untuk menulis pun dah berkobar - kobar. Maklumlah, aku kan suka benda yang simple tapi cute :)

Thanks for reading !

Saturday, December 14, 2013

Epop 51 :)

Nampak tak tajuk kat atas tu ? Wahhh, Kpopers mesti tahu, kan ? Hari tu, pergi kedai dengan cek we semata - mata nak beli majalah ni tapi ... DAH HABIS ! Ok, time tu memang kecewalah jugak. Rasa macam nak nangis. Sobs2.. (Sebab tu pun nak nangis, apedaaa). Haha :')

Ok, cerita antara aku dan epop tak habis macam tu je sebab semalam aku jumpa doktor. Lepas selesai, teman mama pergi kedai tempah baju kat stesen bas. Dah selesai, aku singgahlah kat kedai buku. Tiba - tiba rasa macam nak pengsan. Eh, betul ke ni ? Mimpi ke ? Wahhh, ada epop :D Apalagi, terus beli. 

Sebenarnya nak kalendar tu je haa

Perasaan ? Of course, gembira ! Okay, dah habis pun celoteh aku hari ni :) Akhirnya, ada jugak isi untuk blog hari ni. Suka - suka. Hehe, bye. Assalamualaikum ^^

Thanks for reading !