Tuesday, May 22, 2018

6 Fakta Tentang Aku

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku buat double update :D Okay, kalau orang tanya kenapa buat 6 fakta je. Kenapa tak 10 ke 15 ke? Jawapannya, takde orang pun yang nak tahu tentang aku. Hehe, gurau. Taklahh, sebabnya nombor 6 tu nombor favourite aku. Baiklah, kita straight to the point ya.
6 FAKTA TENTANG DIRI NI:

1. Sangat sukakan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api.
Macam cari nahas je post gambar ni tengah-tengah puasa

Kalau duduk kat Selangor dulu memang selalu sangat dapat makan tapi bila duduk kat Terengganu ni jarang sangat nak jumpa apatah lagi nak makan siput ni tskk tskk Kalau dapat makan lauk ni kat Terengganu memang rasa bersyukur yang amat sangat. Sebab tu kalau balik Negeri Sembilan selalu bodek mama abah untuk cari lauk ni, hehe...

2. Tak suka makanan pedas. 

Eh, tadi kata suka Siput Sedut Masak Lemak Cili Api ni kata tak suka makanan pedas pulak. Yang mana satu ni sebenarnya? 

Bak kata mama, aku ni pelik sikit. Kalau dah benda tu aku suka sangat-sangat contohnya macam siput sedut ni haa pedas tahap infinity pun sanggup aku bedal. Tapi kalau dah benda tu aku tak suka tambah pulak pedas, pujuklah macam mana pun memang aku takkan makan. Ngee, apapun aku tetap suka makan 😆

3. Obses dengan BUKUUU.

Kalau kena pilih antara buku dengan tudung dan pakaian, aku dengan teguhnya akan pilih buku. Tak tahu kenapa tapi aku memang sangat suka baca buku. Tak kisahlah sama ada novel, komik mahupun buku tarbiah. 

Sebab tu mama akan pesan banyak kali suruh aku jangan lama-lama sangat setiap kali pergi kedai buku. Dah faham sangat dengan obses anak dia yang sorang ni. Kalau mama tak pesan, mahu lebih sejam aku terperap dalam tu. Padahal, ulang-alik lebih sepuluh kali pun tetap jumpa buku yang sama.

4. Selera yang BESAR tapi perut kecil. 

Mama abah masing-masing berpakat cakap confirm rugi kalau bawak aku pergi buffet sebabnya aku selalu makan tak habis. Huhu, bukan aku tak nak habiskan tapi aku ni memang jenis yang cepat kenyang. Lepas tu mulalah duk teringat je makanan tu dan menyesal tak berlagu kenapa aku tak habiskan. 

5. Tak suka tempat yang ramai orang. 

Mungkin sebab aku ni introvert kot jadi sebab tulah aku lebih suka bersendiri dan baca buku sambil dengar lagu. Dan sebab tu jugak orang selalu ingat aku ni sombong. Hehe, saya bukan sombong tau cuma saya memang jenis yang tak tahu nak borak apa dengan orang yang saya tak berapa rapat. 

Tapi, orang yang rapat dengan aku memang tahu betapa becoknya mulut aku ni. Selagi tak penat selagi tulah nak bercakap. 

6. Suka sakat orang. 

Sebab kan inilah aku selalu kena marah dengan mama waktu kecil-kecil dulu. Alah, marah manja-manja je pun. Tapi sampai sekarang aku still suka sakat orang, tak kiralah adik-beradik ke sepupu ke atau pun kawan aku. Walaupun aku memang suka menyakat, aku tetap berpada-pada bila menyakat sebab aku tahu macam mana rasa dia kalau orang over sangat nak menyakat sampai tak fikir perasaan orang lain. 

Baiklah, aku rasa itu je fakta tentang aku. Bila baca balik baru perasan 3 daripada 6 fakta ni berkaitan dengan makanan. Haha, nampak tak betapa sukanya aku dengan makanan 😂

Thanks for reading !

Random Talk

Alhamdulillah, tahun ni Allah masih lagi pilih kita semua sebagai tetamu Ramadan dan masih berkesempatan untuk merasai tarbiah Ramadan. Dalam tak sedar dah lima hari kita berpuasa. Allahu, cepatnya masa berlaluuu...

Mula-mula sekali aku nak ucap tahniah pada diri sendiri sebab masih lagi sedar yang kau ni ada blog. Huhu, biar betul dah dekat 2 tahun tak update blog niii 🙀 Sebenarnya dalam kepala ni banyak benda nak update since dah lama tak sentuh blog ni kan. Insya-Allah, nanti slow-slow aku update. 

Even takde orang pun yang nak baca, aku still nak update jugak sebab bagi aku blog ni ibarat tempat untuk aku letak segala kenangan tak kira pahit atau manis. Nanti bolehlah aku baca balik bila aku rindu.

Sebenarnya, tahun lepas aku sangat-sangat busy dengan sekolah, kelas tambahan dan tuisyen. Mana nak ulangkaji lagi, dengan homeworks lagi.  Sebab tu nak menghadap blog pun tak ada masa inikan pulak nak update. Okay, sebelum apa-apa aku terangkan dulu awal-awal tau aku ni bukan pelajar yang rajin sangat sampai 24/7 belajar tapi serious talk bagi aku 2017 lah tahun yang paling mencabar mental dan emosi aku. Nama pun nak ambil SPM kan.

Kalau kau perasan, blog ni dah banyak berubah kan. Cbox pun dah berubah. Jujurnya, aku lebih suka Cbox aku yang dulu sebab banyak mesej-mesej yang bermakna buat aku. Tapi aku terpaksa buat yang baru sebab tiba-tiba je Cbox tu buat hal dan tak berfungsi. Huhu, sedihnyaaa... Jadi, jemputlah penuhkan ruang Cbox tu dengan kata-kata positif yee. Even tak kan dapat gantikan kata-kata manis yang sebelum ni tapi aku sangat-sangat happy dan terharu kalau korang sudi tinggalkan mesej yang sweet kat Cbox yang baru ni untuk aku baca.

Blog ni aku edit semula sebab aku rasa macam themes yang sebelum ni agak kebudak-budakan sikit. Nama pun tahun baharu jadi mestilah blog ni pun kena ada semangat yang baharu, ya tak? Tapi ni dah pertengahan tahun. Semangat baharu apanyaaa Hehe, kes aku lain sikit sebab aku baru perasan blog ni dah lama tak berupdate. 

Sorry kalau korang sakit mata tengok blog ni yang banyak sangat warna-warni. Aku try jugak buat themes hitam putih je tapi nampak macam boringlah pulak. Alah, hidup pun macam tu jugak. Kalau happy je pun tak feel jugak. Bila ada naik jatuh barulah hidup kita ni lebih mencabar. Okay, stop mengarut!

Aku baru perasan dalam blog ni aku kurang update pasal sekolah aku. Insya-Allah, nanti aku cari masa untuk update semua tu. Sepanjang lima tahun aku bersekolah di SMKA Sheikh Abdul Malek, memang banyak sangat pahit manis yang aku dapat di sini. Yang bestnya, aku jumpa ramai orang yang sangat baik hatinya dan tak lupa cikgu-cikgu yang sangat caring dan concern tentang para pelajar kat sini.

Aku paling suka dua tahun terakhir aku bergelar pelajar SHAMS sebab aku dapat masuk kelas yang mana orang dalam kelas tu semuanya jenis gila-gila. Mungkin sebab dah dua tahun kitorang jadi classmates kot jadi masing-masing dah faham sangat dengan perangai masing-masing. Kelas kitorang satu-satunya kelas akaun kat sekolah ni sebab tulah tak bertukar. Mungkin ada orang tanya tak bosan ke dua tahun sekelas dengan orang yang sama. Aku tak tahu orang lain macam mana tapi bagi aku tak. Sebab kat sinilah aku dapat jadi diri aku sendiri. 

Tambah pula, cikgu kelas kami selama dua tahun ni ialah Cikgu Laili, cikgu yang paling penyayang pernah aku jumpa manakala cikgu akaun kami selama dua tahun ialah Cikgu Suhada, cikgu yang sentiasa berusaha sehabis mungkin dan sentiasa buat kelas untuk kami supaya result akaun kami bertambah bagus. Alhamdulillah, result SPM Akaun kami amat memuaskan dan aku bangga dengan 5 Khawarizmi :)

Memandangkan entry kali ni terlalu panjang, aku rasa lebih baik kalau aku stop dulu kat sini. Sebagai denda untuk diri aku yang dah lama tak update, lepas ni aku buat 6 fakta tentang aku ye. Bye, jumpa next entry!

Thanks for reading !

Saturday, June 25, 2016

Timorfest : Nadzmi Adhwa

Dah lama sangat aku biarkan blog ni berhabuk, kan? Sedar tak sedar kita dah masuk 10 hari terakhir bulan Ramadan. Nampak tak betapa cepatnya masa berlalu? 

Okay, back to the topic. Memandangkan tak lama lagi dah nak raya, aku pergilah Taman Tamadun Islam sebab ada Timorfest kat situ. Bukan nak beli tudung, baju, jubah and so on sangat. Dah banyak kut kat rumah. Tapi sebab nak beli Nadz Cookies since orang kata sedap. So, why not give it a try kan? 

Pergi dengan penuh semangat, balik dengan...? Gembira walaupun agak hampa. Biskut habis punya pasal. Nampak tak betapa sedapnya biskut tu? Padahal sebelum tu dah gigih stalk insta Nadzmi dengan cookies dia. Tak apalah, lain kali mungkin?

Cakap pasal Nadzmi Adhwa, siapa aje tak kenal pelakon ni? Act, aku kenal tapi tak minat pun dia. Tapi, lepas je dengar single dia kat TTI tadi, terus jadi minat. Oh, my! You guys should listen to it kat youtube! Btw, thanks NA sebab sudi bergambar tadi. Appreciate it so much!

Masa nilah dia perform single terbaru dia, Kamulah Wanita.

Terima kasih sudi bagi sign. Okay, tulisan angah lagi cantik daripada aku. Huhu.

Thanks for reading !